EPL

“Mungkin boleh suruh Ronaldo pulang ke Portugal setiap minggu…” – Rangnick


Rangnick memeluk Ronaldo selepas pemain itu menjaringkan gol ketika aksi bertemu Spurs.

PENGURUS Manchester United Ralf Rangnick berseloroh selepas Cristiano Ronaldo melakukan hatrik ketika aksi kemenangan 3-2 ke atas Tottenham.

Rangnick turut teruja dengan aksi Ronaldo di Old Trafford ini selepas minggu lalu pemain Portugal itu tiada dalam senarai pasukan.

“Mungkin dia perlu pergi ke Portugal setiap minggu,” gurau Rangnick.

Ronaldo mencetuskan kekecohan dalam skuadnya hujung minggu lalu apabila terbang pulang Portugal selepas diketepikan dalam aksi derbi Manchester kerana kecederaan pinggul, namun dalam masa yang sama timbul spekulasi bahawa dia ‘sentap’ kerana diletakkan sebagai pemain simpanan.

Bagaimanapun pemain bintang berusia 37 tahun itu mengetepikan perasaan tidak gembiranya minggu lalu dengan bangkit mempamerkan prestasi baik selepas hanya dua hari menjalani latihan.

Kemenangan ke atas Spurs ini mencerahkan kembali United untuk merebut kelompok keempat liga.

Pun begitu, Rangnick mengakui agak mencabar menguruskan Ronaldo dan mendedahkan dia tidak tahu pemain itu terbang ke pulang ke Portugal.

“Kami hanya bergurau (menyuruh Ronaldo pulang ke Portugal setiap minngu), namun mungkin masuk akal untuk menghantarnya ke Portugal selama tiga hari, minta dia tidak berlatih dua hari dan kembali menjalani latihan pada Khamis… jika itu yang menjadikan prestasinya baik. Mungkin kami perlu melakukannya sepanjang musim ini.

“Dia berada pada tahap yang sama dalam latihan pada hari Khamis, itulah sebabnya saya memutuskan selepas sesi latihan untuk memasukkan dia lebih awal.

“Sudah tentu dia menunjukkan perbezaan, yang bukan sahaja untuk tiga gol, tetapi persembahan terbaik daripadanya sejak saya tiba di sini.

“Ia satu cabaran dengan pemain seperti dia. Tetapi hari ini dia menunjukkan masih mempunyai kualiti untuk bermain buat kelab seperti Manchester United. Jika kita mahu berjaya pada penghujung musim, kita perlu melakukannya bersama-sama.

“Dia menunjukkan bahawa secara fizikal mampu melakukan prestasi seperti itu, tetapi kami juga harus mengakui dia tidak sentiasa begitu sejak beberapa minggu dan bulan lalu,” jelasnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d