EPL

Barisan pemain dan staf United terkejut diberi cuti, Solskjaer pulang ke Norway


PENGURUS Manchester United Ole Gunnar Solskjaer memberi cuti seminggu kepada pemain-pemain dan juga staf kelab.

Kebenaran Solskjaer memberi cuti agak panjang itu mengejutkan semua pemain dan barisan staf yang lain memandangkan ia dibuat secara tiba-tiba.

Manakala Solskjaer dilaporkan terbang pulang ke kampung halamannya di Kristiansund, Norway bersama isteri Silje dan dua anak lelakinya Noah dan Elijah dengan menaiki jet peribadi.

Solskjaer bercuti pulang ke kampung halamannya di Norway bersama keluarga.

Dengan tempoh rehat antarabangsa ini, Solskjaer dikatakan mengambil masa untuk ‘bertenang’ selepas tekanan yang dialami berikutan keputusan kurang baik dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Solskjaer berdepan dengan kritikan selepas kelab mengalami enam kekalahan daripada 12 perlawanan setakat ini, malah lebih teruk dikecam ketika aksi tewas kepada Liverpool dan Manchester City.

Kekecewaan pemain-pemain United selepas tewas 0-2 kepada City minggu lalu.

Namun sumber kelab menegaskan sekali lagi bahawa nasib pengendali berusia 48 tahun itu masih lagi selamat dan dia dijangka kekal untuk perlawanan seterusnya bertemu Watford 20 November ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: