EPL

Legenda Liverpool Steven Gerrard pengurus baharu Aston Villa


Gerrard dilantik sebagai pengurus baharu Aston Villa.

ASTON Villa melantik Steven Gerrard sebagai pengurus baharu di Villa Park.

Minggu lalu, Aston Villa memecat Dean Smith selepas beberapa episod kekalahan berturut-turut yang menyaksikan kelab kini berada ke-16 liga.

Susulan daripada itu, Gerrard menjadi sasaran utama kelab untuk mengambil alih tugas utama mengendali skuad selepas pemilik kelab Nassef Sawiris dan Wes Edens serta Ketua Pegawai Eksekutif Christian Purslow teruja dengan pencapaian pengurusan pertama bekas pemain legenda Liverpool itu ketika di Ibrox.

“Aston Villa merupakan sebuah kelab yang kaya dengan sejarah dan tradisi bola sepak Inggeris dan saya sangat berbangga menjadi ketua jurulatih.

 

“Dalam perbincangan bersama Nassef, Wes dan ahli lembaga yang lain ternyata betapa mereka mempunyai cita-cita tinggi dalam untuk kelab dan saya tidak sabar untuk membantu mencapai matlamatnya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua di Glasgow Rangers kerana memberi saya peluang untuk menguruskan kelab bola sepak ikonik itu. Membantu mereka meraih gelaran liga rekod ke-55 akan sentiasa berada di tempat di hati saya. Saya ingin mengucapkan yang terbaik kepada pemain, kakitangan dan penyokong untuk masa depan,” ujar Gerrard.

Gerrard bakal kembali ke Anfield 11 Disember ini bertemu Liverpool buat kali pertama menjejak kaki ke Merseyside selepas meninggalkan kelab 2015.

Aston Villa membayar pampasan kepada Rangers 2.5 juta paun untuk mendapatkan Gerrard.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: