EPL

5 pengurus EPL dipecat selepas hanya 11 perlawanan


Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini dikaitkan bakal menerima nasib yang sama susulan kekalahan 0-5 kepada Liverpool namun masih kekal selaku pengurus Man United.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

BERGELAR pengurus dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bukanlah satu tugas mudah buat mereka, selain berdepan dengan perang membina taktikal dan pemilihan pemain, mereka juga berdepan dengan ancaman pemecatan jawatan jika gagal memastikan keputusan positif dilakar.

Ibarat telur dihujung tanduk segala percaturan dan perancangan perlulah diterjemahkan melalui kejayaan dengan mengambil kira kerjasama pemain dan pengurusan yang sentiasa berada dibelakang semasa menang mahupun kalah.

Selepas 11 perlawanan EPL 2021/22 berlangsung lima pengurus pasukan telah menerima nasib kehilangan posisi mereka berpunca dari kemerosotan prestasi pasukan serta pertukaran pemilik kelab baharu.

>  Xisco Munoz (Watford)

  • Watford menjadi kelab pertama yang memecat pengurusnya , Xisco Munoz ketika pasukan berada di kedudukan ke-14 dan digantikan Claudio Ranieri.

> Steve Bruce (Newcastle United)

  • Bruce dipecat ketika pasukan dikedudukan kedua terbawah selain kehadiran pemilik baru iaitu sebuah konsortium yang dibiayai oleh Arab Saudi, diketuai oleh usahawan British, Amanda Staveley, mahu memulakan projek baharu dengan dijangka membawa masuk pemain mahal dalam pasaran perpindahan akan datang.

> Nuno Espirito Santo (Tottenham Hotspur)

  • Nuno Santos adalah pengurus ketiga yang dipecat kelab selepas hanya empat bulan selepas dilantik. Dia gagal menaikkan prestasi Tottenham dan kini digantikan oleh Antonio Conte.

 

> Daniel Farke (Norwich City)

  • Pemecatan Farke oleh Norwich agak munasabah kerana pasukan itu masih belum berganjak dari tangga tercorot dan sehingga kini masih belum ada perkhabaran mengenai pengantinya.

> Dean Smith (Aston Villa)

  • Aston Villa membebaskan Smith Ahad lalu selepas lima kekalahan berturut-turut, begitu juga penganti masih belum dimaklumkan.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: