EPL

Aston Villa pecat Dean Smith


Smith (kanan) dipecat selepas merekodkan kekalahan kelima berturut-turut musim ini.

ASTON Villa memecat pengurus Dean Smith selepas kekalahan kelima berturut-turut termasuk bertemu Southampton Jumaat lalu.

Smith mengurus skuad Villa sejak 2018 selepas berjaya membawa pasukan ini ke Liga Perdana dan menamatkan saingan di tangga ke-11 musim lalu.

Namun, musim ini menyaksikan Smith seakan hilang sentuhan yang menyaksikan mereka kini berada di kedudukan ke-17 liga dengan 10 mata selepas 11 perlawanan.

Musim ini juga Villa kehilangan ‘ayam tambatan’nya Jack Grealish yang berhijrah ke Manchester City, manakala pemain-pemain baharu masih lagi cuba menyesuaikan diri di Villa Park.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Villa, Christian Purslow berkata: “Apabila Dean menyertai kami pada Oktober 2018, pasukan ini sangat sukar dalam Liga Kejuaraan.

“Dia dengan segera dia mengubah suasana dan prestasi dan mencapai kejayaan serta membawa pasukan ke Liga Perdana dalam musim yang sama.

Purslow (kanan) ketika memperkenalkan Smith sebagai pengurus baharu 2018.

“Dia kemudian menyelamatkan kami di Liga Perdana selepas kempen sengit dan membawa kami ke final Piala Carabao di Wembley.

“Bagaimanapun, selepas permulaan yang baik musim lalu, kami melihat musim ini tidak ada perubahan dari segi keputusan, prestasi dan juga kedudukan liga yang memang kami fokuskan.

“Ahli lembaga mengucapkan terima kasih kepada Dean yang telah memberikan pencapaian cemerlang di luar dan di atas padang sepanjang tempoh bersama. Semua orang tahu Dean dan keluarga sangat bermakna di Aston Villa.”

Aston Villa kini dalam misi mencari pengganti Smith sepanjang tempoh cuti antarabangsa ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: