PEMAIN tengah Manchester City, Ilkay Gundogan menyifatkan pasukannya mampu menang dengan jumlah jaringan besar jika tidak kerana ketangkasan David de Gea menyelamatkan gawangnya.
Jelasnya, De Gea bertindak cemerlang apabila menyelamatkan sekurang-kurangnya lima percubaan berbahata kedalam gawang Man United.
“Separuh masa pertama yang menakjubkan, di mana kami boleh menjaringkan lebih banyak gol. Ia boleh menjadi tiga atau empat gol pada separuh masa. Sangat menarik, agak menyeronokkan,
“Penjaga gol mereka melakukan beberapa penyelamatan hebat pada separuh masa pertama, itu luar biasa. De Gea sungguh tangkas dan licik,” kata Gundogan seperti dilaporkan laman web rasmi kelab.
Pada aksi di Old Trafford itu, pelawat meraih tiga mata penuh selepas menang 2-0 ke atas tuan rumah hasil jaringan gol sendiri pertahanan Man United, Eric Bailly pada minit ke-7 sebelum Bernardo Silva menggadakan kelebihan buat pelawat dipenghujung babak pertama.
Tambah Gundogan, pasukan bermain dengan tenang separuh masa kedua dengan tidak memberi ruang kepada lawan untuk bergerak bebas.
“Separuh masa kedua kami mengekalkan penguasaan bola, menghantarnya, masuk ke rentak dan tidak memberi mereka peluang. Saya tidak ingat mereka mempunyai peluang pada separuh masa kedua.”
“Cara kami menghampiri permainan dan bermain selama 90 minit sangat mengagumkan. Kini kami perlu mengekalkannya sehingga selepas rehat antarabangsa,” tambahnya.
Manchester City kini mempunyai 23 mata di tempat kedua dalam kedudukan Liga Perdana. Mereka ketinggalan tiga mata di belakang Chelsea di puncak.
Add Comment