Bola Sepak

“Pegawai positif COVID-19 dalam keadaan baik” – Posa


Posa Majais

Oleh: SURYATI MOHD NOR

PENGURUS pasukan Bawah 22 Tahun Kebangsaan, Datuk Posa Majais mengesahkan salah seorang pegawai skuad diuji positif Covid-19 ketika berada dalam tempoh kuarantin.

Menurutnya kepada Cakap Sukan, pegawai pasukan tersebut didapati positif pada Sabtu lalu dan kini berada dalam keadaan yang baik.

“Memang kita tidak nafikan ada seorang pegawai yang positif selepas menjalani ujian Covid-19 kelmarin.

“Saya tidak pasti punca dari mana memandangkan yang lain-lain juga bersamanya ketika berada dalam bas menuju ke hotel bagi menjalani kuarantin.

“Alhamdullilah semua pemain negatif. Sepatutnya kami semua akan menamatkan tempoh kuarantin sama ada hari ini atau esok.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘BREAKING NEWS’: Skuad B-22 negara diarah sambung kuarantin, seorang pegawai positif Covid-19

“Namun, kami semua perlu menyambung lagi seminggu kuarantin. Saya harap pegawai pasukan ini cepat sembuh dan keadaannya sekarang baik,” jelasnya ketika dihubungi Cakap Sukan.

Sebelum ini, Cakap Sukan melaporkan salah seorang pegawai pasukan positif Covid-19 sekaligus memaksa tempoh kuarantin disambung sehingga minggu depan.

Skuad negara tampil aksi cemerlang pada pusingan kelayakan Piala Asia B-23 di Mongolia.

Pasukan muda negara serta barisan jurulatih dan pegawai tiba di ibu negara dari Ulaanbaatar, Mongolia Rabu lalu selepas transit di Incheon, Korea Selatan menjalani kuarantin wajib selama lima hari yang sepatutnya berakhir hari ini.

Skuad negara kembali ke tanah air dengan membawa berita gembira menjuarai saingan Kumpulan J Kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) dengan rekod cemerlang tanpa kalah dan bolos sekaligus layak ke aksi akhir Piala Asia B-23 Tahun di Uzbekistan pada Jun 2022.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: