Bola Sepak

MFL siasat insiden penyokong Terengganu FC masuk kawasan padang


Oleh : SUBKHI SUDARJI

LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) akan menjalankan siasatan terperinci berhubung tindakan penyokong Terengganu FC yang masuk ke kawasan padang untuk sama-sama meraikan jaringan gol bersama pemain.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan insiden berkenaan dan siasatan terperinci dengan memanggil pihak berkaitan sebelum tindakan susulan diambil bagi membendung kejadian sama berulang.

“Kita ada menerima laporan membabitkan kejadian itu dan siasatan segera akan dilakukan sebelum tindakan sewajarnya diambil.

“Saya tidak mahu bercakap mengenai kegagalan kawalan keselamatan kerana penganjuran kejohanan besar seperti Piala Dunia pun ada penyokong lari masuk ke padang,” katanya.

Pada perlawanan malam tadi, segelintir penyokong Terengganu FC turun ke padang untuk malah turut memeluk pemain import TFC, Jordan Mintah ketika meraikan gol kedua tanpa dikawal ketat oleh pegawai perlawanan.

Insiden berkenaan sekali gus menimbulkan persoalan tahap keselamatan selain terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan MFL bagi membendung penularan Covid-19.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: