Bola Sepak

KL City FC ke suku akhir buat kali pertama selepas 29 tahun!


KUALA Lumpur City FC menamatkan lima perlawanan Piala Malaysia tahun ini dengan penuh bergaya selepas menang kesemua perlawanan bagi Kumpulan A.

Pada aksi kelima malam ini, KL City FC menewaskan pasukan pelawat Penang FC dengan jaringan tunggal Romel Morales menerusi sepakan penalti minit ke-38 permainan.

Jaringan Morales tersebut menyaksikan pemain kelahiran Colombia itu menjadi pemain ketiga Kuala Lumpur yang menjaringkan gol dalam lima perlawanan berturut-turut bagi aksi Piala Malaysia selepas Subadron Aziz (1998) dan Kevin Lamey (2007).

Morales meraikan jaringan gol selepas menyempurnakan sepakan penalti ketika bertemu Penang FC malam ini. Foto: MFL

Penang FC yang mencatat tiga kekalahan berturut-turut sebelum ini gagal bangkit mencari sebarang jaringan sehingga wisel akhir dibunyikan.

Kejayaan skuad kendalian Bojan Hodak ini menyaksikan mereka bergelar juara kumpulan.

Lebih manis lagi, KL City FC mara ke pusingan suku akhir untuk kali pertama dalam tempoh 29 tahun.

Sementara itu, Sarawak United FC turut menempah slot ke suku akhir selepas mengumpul 10 mata untuk berada di tangga kedua kumpulan.

Manakala Sri Pahang FC di tempta ketiga (6 mata) dan tercorot Penang FC hanya dengan satu mata.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: