Bola Sepak

Sukar namun peluang tetap ada – Rezal Zambery


 

Oleh : SUBKHI SUDARJI

PENOLONG Ketua jurulatih Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya mengakui perjalanan skuad bimbingannya ke peringkat suku akhir sebagaimana disasarkan pengurusan nampak sukar namun peluang tetap ada dan akan terus berjuang mencapainya.

Tegasnya, selagi perlawanan belum berakhir dan peluang ada walaupun tipis, Rezal yang juga merupakan bekas pemain bola sepak tetap mahupun pemainnya terus komited memburu kemenangan.

“Tidak akan menyerah selagi mana perlawanan belum berakhir, sudah tentu sifat melawan perlu ada dikalangan pemain, kadang-kadang peluang tipis itulah boleh beri kenangan kepada pasukan.

Reezal mahu pemainnya terus mengekalkan momentun pada aksi di Stadium Likas, Sabtu ini.

“Sasaran suku akhir diletakkan pengurusan sebelum ini bukanlah tekanan buat saya dan pemain, kita mampy bersaing, mungkin suku akhir itu releven,  tetapi apa yang penting adalah kemenangan pasukan untuk layakkan diri,” ujarnya pada sidang media selepas perlawanan menentang PJ City FC malam tadi.

Pada perlawanan tersebut, Kelantan FC mempamerkan aksi berbeza berbanding kekalahan 1-3 di Petaling Jaya, Jumaat lalu selepas mengikat lawan seri tanpa jaringan.

Keputusan ini meletakkan Kelantan FC ditangga ketiga peringkat kumpulan dengan mengumpul dua mata sama seperti Sabah FC manakala PJ City FC ditangga kedua dengan lima mata.

Selepas ini Kelantan FC akan berkunjung ke Stadium Likas pada 6 November bertemu Sabah FC sebelum mengakhiri saingan peringkat kumpulan menentang JDT di Kota Bharu selang tiga hari kemudian.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: