Antarabangsa Bola Sepak

Ronaldo selamatkan maruah Man United


CRISTIANO Ronaldo terus menjadi aset utama buat Manchester United apabila dua golnya dipenghujung setiap babak memastikan satu mata apabila bangkit untuk mengikat Atalanta, 2-2 pada aksi Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Ketinggalan seawal minit ke-12 hasil jaringan pemain tuan rumah Josip Ilicic, pelawat yang menyamakan kedudukan hasil jaringan Ronaldo pada masa tambahan separuh masa kedua untuk keputusan seri  1-1.

Manchester United sekali lagi ketinggalan selepas 11 minit babak kedua bersambung dan kali ini giliran Duván Zapata menjaringkan gol pada minit ke- 56 untuk meletakkan pasukan didepan.

Ketika perlawanan bakal memihak tuan rumah dan Ronalda muncul dengan watak penyelamatnya apabila sekali lagi menjaringkan gol ketika masa tambahan separuh masa kedua dan jaringan tersebut memastikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

Selepas berakhirnya empat perlawanan, Manchester United kini mempimpin Kumpulan F dengan tujuh mata berkongsi dengan Villarreal ditangga kedua manakala Atalanta dikedudukan ketiga mengutip lima mata dan Young Boys tercorot dengan tiga mata.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: