
CHRISTIAN Eriksen kembali bersemangat untuk beraksi selepas kelab lamanya Ajax sedia menawarkan tempat untuk meneruskan karier.
Pemain Inter Milan ini kembali sihat selepas menjalani rawatan serangan jantung yang dialaminya ketika aksi Euro bersama Denmark Jun lalu.
Susulan daripada itu, Eriksen,29, terpaksa memakai implantable cardioverter defibrillator atau perentak jantung buatan (ICD) untuk memastikan tahap degupan lebih normal.
Hampir lima bulan menjalani rawatan, keadaan Eriksen kini lebih baik dan bersedia untuk kembali ke padang.

Namun, peraturan di Itali tidak membenarkan atlet-atlet amatur mahupun profesional beraksi sekiranya memakai ICD yang memaksa Inter Milan melepaskannya ke kelab negara lain.
Mujur bekas kelabnya, Ajax memberi peluang kepada Eriksen untuk meneruskan kariernya selepas mencapai persetujuan bersama Milan yang telah menamatkan kontraknya.
Selain itu, pemain pertahanan Ajax Daley Blind juga memakai ICD selepas didianogsis dengan masalah jantung yang kini bermain untuk kelab juara Eredivisie itu malah untuk aksi antarabangsa bersama Holland.

Untuk rekod, Eriksen mencatat 60 minit permainan bersama Inter Milan sejak menyertainya dari Spurs 18 bulan lalu dan turut membantu kelab Serie A itu menjuarai trofi liga dalam tempoh 11 tahun musim lalu.
Eriksen pernah beraksi bersama Ajax pada musim 2010-2013.
Add Comment