Bola Sepak

Bekas pemain bola sepak wanita kebangsaan Kasmah meninggal dunia


Suraya (kanan) dan Normala (kiri) menziarahi Kasmah (dua, kiri) di kediamannya Februari lalu. Foto: FAM

BEKAS pemain bola sepak wanita kebangsaan era 70-an, Kasmah Darus meninggal dunia awal pagi Rabu.

Allahyarhamah Kasmah menghembuskan nafas terakhir pada usia 63 tahun selepas mengidap kanser tulang tahap empat sejak Januari lalu.

Pada tahun 2019, bekas pemain sayap kanan negara ini juga menderita dengan kanser payu dara.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkongsi berita sedih ini di laman Facebook rasmi dan turut menghulurkan salam takziah kepada keluarga Allahyarhamah Kasmah.

Penderitaan Allahyarhamah Kasmah sebelum ini turut mendapat perhatian daripada Exco FAM, Datuk Suraya Yaacob yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM apabila hadir menziarahinya bersama Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Wanita Malaysia (PPBSWM) Normala Abdul Rashid pada 20 Februari lalu di kediamannya di Damansara, Selangor.

Allahyarhamah merupakan pemain skuad wanita kebangsaan pada Kejohanan Bola Sepak Wanita Asia pertama di Hong Kong pada Ogos 1975.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: