Bola Sepak

JDT ‘baik hati’ izin penyokong Sabah FC duduk di tempat tuan rumah, marshal diberi amaran


Penyokong-penyokong Sabah FC hadir ke Stadium Sultan Ibrahim.. Foto: Twitter Penyokong Sabah FC

KELAB Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) tampil menjelaskan mengenai insiden di Stadium Sultan Ibrahim apabila marshal dikatakan sengaja berdiri di hadapan kain rentang penyokong pelawat dan menghalangnya daripada pandangan.

Dalam satu kenyataan selepas aksi menang 3-0 ke atas Sabah FC semalam, JDT menjelaskan bahawa memang benar bahawa marshal berdiri mengelilingi penyokong Sabah tetapi ianya hanya kerana ingin membentuk ‘human barricade’.

“Ia kerana penyokong Sabah ini tidak berada di kawasan tempat duduk khusus buat penyokong pelawat. Sabah FC tidak memohon sebarang peruntukan untuk penyokong lawan, hinggakan para penyokong Sabah FC hanya boleh membeli tiket di bahagian penyokong tuan rumah dan duduk bersama-sama mereka.

 

“Ianya adalah satu niat yang murni buat kelab untuk membenarkan penyokong ini masuk ke stadium dan menyediakan kawalan keselamatan yang mencukupi untuk mereka.

“Pihak kelab juga telah memberi amaran kepada marshal kerana tidak mengambil langkah berjaga-jaga terlebih awal dan sebaliknya menonton perlawanan, tidak memerhati penyokong.” ujar kenyataan tersebut.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading