Antarabangsa

Guardiola titip pesanan ‘nyawa lebih penting’ buat Aguero


Aguero mengalami kesukaran bernafas ketika aksinya pertamanya bersama Barcelona.

PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola menunjukkan kebimbangan selepas mengetahui bekas pemainnya Sergio Aguero berdepan dengan masalah jantung.

Aguero yang berpindah ke Barcelona musim ini dilaporkan mengadu sukar bernafas sebelum terbaring mandapatkan bantuan ketika aksi pertamanya bertemu Alaves Ahad lalu.

Guardiola yang mempunyai hubungan baik dengan Aguero ketika bermain bersama City terus menghubungi ejen pemain itu selepas insiden tersebut.

“Ia merupakan berita sukar buat dirinya dan juga keluarga. Kami mendoakan dia sembuh. Pengerusi kami juga mengucapkan selamat sembuh.

Guardiola terkejut dengan berita mengenai Aguero.

“Kesihatan dan nyawa adalah lebih penting daripada segalanya.

“Dia kini dalam jagaan yang baik, dia juga menjaga dirinya sendiri. Kami harap dia menjalani rawatan dengan selamat dan kembali jika boleh… atau nikmati hidup dengan baik selepas apa yang telah dia lakukan. Sentiasa berhati-hati dan selamat sepanjang hidupnya,” jelas Guardiola.

Aguero yang merupakan rekod penjaring terbanyak di City terpaksa berehat selama tiga bulan untuk menjalani rawatan susulan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: