Antarabangsa Bola Sepak

Liverpool mara lebih awal


LIVERPOOL mengesahkan kemaraan kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara apabila menewaskan Atletico Madrid 2-0 di Anfield walaupun masih berbaki dua perlawanan.

Gol dalam tempoh 21 minit pertama oleh Diogo Jota dan Sadio Mane menyebabkan juara Sepanyol itu berdepan perlawanan sukar sebelum Felipe dibuang padang kerana kekasaran terhadap Mane.

Mata maksimum daripada empat perlawanan sudah cukup bagi memastikan Liverpool menjuarai Kumpulan B dan menjamin kelebihan di laman sendiri untuk perlawanan kelompok 16 terakhir pada tahun baharu nanti.

Skuad Reds kini tidak tewas dalam 25 perlawanan semua kejohanan bermula penghujung musim lalu selain menyamai rekod kelab.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata, sasaran pertama ialah mara daripada kumpulan ini dan berjaya melakukannya berbaki dua perlawanan.

“Saingan peringkat kumpulan yang menakjubkan setakat ini, saya tidak menjangkakan perkara seperti ini apabila saya melihat undian.

“Untuk kali ini, tugasan selesai, tapi kita semua tahu ada dua lagi perlawanan dan kami akan cuba apa sahaja untuk memenanginya.” jelasnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: