Bola Sepak

Dollah tidak sangka mampu menang dengan jaringan besar


Oleh : SUBKHI SUDARJI

PENGENDALI Sri Pahang FC, Dollah Salleh ternyata tidak percaya dengan kemenangan besar 5-0 diraih skuad bimbingannya ke atas Penang FC, di Stadium Bandaraya, malam tadi.

Kemenangan ini terus membuka peluang buat Tok Gajah untuk merebut salah satu slot ke pusingan suku akhir dengan aksi terakhir peringkat Kumpulan A menentang Sarawak United FC, di laman sendiri.

Tegasnya, aksi konsisten sebagaimana pada pusingan pertama nyata memberikan kelebihan buat pasukannya apatah lagi bertandang ke tempat lawan.

“Saya sendiri tidak sangka dengan lima gol dijaringkan malam ini, selepas kita menang 4-0 pada pusingan pertama di Kuantan, kita beraksi dengan konsisten.

“Penting bagi pemain mengekalkan momentum dan itulah yang mereka lakukan saya bangga dengan semua pemain,” jelasnya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Pada aksi malam tadi Sri Pahang FC bagaikan dirasuk apabila mudah mendahului Penang FC dengan 3-0 dalam tempoh 35 minit pertama menerusi dua jaringan Kenny Athiu (m-10 dan m-34) serta jaringan lencong Abubakar Yakubu (m-20).

Memasuki babak kedua  giliran Abdul Malik Mat Ariff menambah derita tuan rumah dengan gol keempat Sri Pahang pada minit ke-58 sebelum Kenny melengkapkan hatriknya pada minit ke-81.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: