Oleh : SUBKHI SUDARJI
SABAH FC akan mempertaruhkan barisan pemain muda bagi menghadapi Johor Darul Ta’zim (JDT) pada pusingan kedua di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam ini
Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee berkata tiada rombakan besar-besaran dilakukan tetapi kemungkinan besar akan ada beberapa muka baharu diturunkan untuk bersaing dengan tuan rumah.
Katanya apa yang pasti pemain muda tetap menjadi pilihan berikutan beberapa pemain utama masih berada dalam senarai kecederaan.

“Kita mahu malam ini semua pemain perlu kekal fokus daripada awal permainan bagi mengelak dibolosi dengan mudah pada minit-minit awal permainan.
“Kita sudah melihat bagaimana Jumaat lalu, JDT mendapat 2 gol awal dengan mudah hasil kesilapan yang boleh dielak sekiranya mereka (pemain) kekal fokus pada perlawanan malam itu,” katanya.
Kim Swee berkata para pemain Sabah FC tidak boleh hilang fokus terutama dengan melakukan kesilapan-kesilapan mudah.
“Kita harus pastikan kita tidak akan dibolosi terutama pada minit awal. Ini sudah tentu akan mengganggu rentak permainan kita malam esok, katanya.
Add Comment