Antarabangsa Bola Sepak

Barca hilang khidmat Aguero


Aguero dikeluarkan pada aksi Sabtu lalu selepas mengalami masalah sakit dada.

PENYERANG Barcelona, Sergio Aguero bakal diketepikan dalam tempoh tiga bulan bagi menjalani rawatan pemulihan ekoran masalah dada yang dihidapi pemain kelahiran Argentina itu.

Menerusi kenyataan kelab, Aguero telah menjalani proses diagnostik dan terapeutik oleh Dr.Josep Brugada.

“Dia tidak dapat dipilih dan dalam tempoh tiga bulan akan datang dan bergantung keberkesanan rawatan akan dinilai untuk menentukan proses pemulihannya. .

“Pemain Argentina itu dibawa ke hospital untuk penilaian kardiologi pada hari Sabtu berikutan perlawanan Barca menentang Alaves di mana penyerang Barca itu berasa tidak sihat pada separuh masa pertama dan digantikan sebelum separuh masa oleh Philippe Coutinho,” ujarnya.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: