Bola Sepak

KUFC dan MUFC kongsi mata di Kota Bharu


Oleh : SUBKHI SUDARJI

KELANTAN United FC (KUFC) melepaskan peluang kelebihan tiga kali mendahului Melaka United FC (MUFC) selepas dipaksa berkongsi satu mata dengan keputusan seri 3-3 pada aksi Kumpulan C saingan Piala Malaysia, di Stadium Sultan Mohamad ke-IV, Kota Bharu, sebentar tadi.

Kelegaan pastinya dirasai Zainal Abidin Hassan selepas anak didiknya berjaya bangkit untuk menyamakan kedudukan dan pulang ke Melaka dengan keputusan positif untuk terus berada ditangga teratas kumpulan selepas mengumpul 10 mata.

Turun beraksi dilaman sendiri dengan impian memburu kemenangan, KUFC bagaimanapun dipaksa bertahan dalam tempoh 15 minit pertama sebelum dapat mengimbangi corak permainan lawan.

Ketenangan dan pengalaman dimiliki pemain senior dalam KUFC, Badhri Radzi yang mengawal bola sebelum melorongkan bola kepada Yuki Tanigawa pada minit ke 23 disempurnakan pemain import kelahiran Jepun dengan rembatan deras dari luar kotak penalti untuk menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.

Kegembiraan gol pertama tuan rumah bagaimanapun tidak bertahan lama apabila Sony Norde menyamakan kedudukan selang dua minit kemudian untuk merancakkan kembali perlawanan.

Pelawat sekali ketinggalan pada minit ke-39 apabila larian pantas penyerang import KUFC, Alfusainey Gassama gagal dikekang pertahanan pelawat sebelum dia melakukan tolakan untuk menewaskan Khairul Fahmi buat kali kedua dan kedudukan 2-0 itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, pelawat tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti yang disempurnakan S Kumaahran pada minit ke 55.

Gol tersebut nyata menyemarakan corak permainan kedua pasukan dan akhirnya KUFC sekali lagi berada dihadapan menerusi pemain gantian, Shafizi Iqmal pada minit ke-77.

Namun selang enam minit kemudian Manuel Ott memastikan pelawat menyamakan kedudukan buat kali ketiga dan keputusan 3-3 ini kekal sehinggalah tamat masa penuh perlawanan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading