Bola Sepak

Awasi kebangkitan Kelantan FC – Maniam


Oleh : SUBKHI SUDARJI

PENGENDALI Petaling Jaya City FC, P Maniam enggan pemain merasa terlalu selesa dan perlu berwaspada dengan kebangkitan Kelantan FC menjelang perlawanan keempat Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu malam  esok.

Tegasnya, kelebihan bermain dilaman sendiri selain kehadiran pemain ke-12 pastinya menyuntik semangat barisan pemain untuk melakar kejayaan.

“Apa yang saya perhatikan dalam perlawanan tempoh hari, Kelantan mempunyai sebuah skuad yang baik dan kebanyakan pemain mereka ada teknik tersendiri.

P Maniam mahu pemainnya memberikan tumpuan penuh pada aksi di Kota Bharu malam esok.

“Malah mereka sering kali mampu mencipta peluang untuk menjaringkan gol dan saya rasa mereka akan tampil dengan lebih baik apabila beraksi di tempat sendiri.

“Sudah pasti, kehadiran penyokong tuan rumah buat pertama kali pasti akan menyuntik motivasi buat Kelantan bermain baik dan saya harap pemain sentiasa fokus dalam setiap situasi.

“Jadi pemain kena tahu beraksi secara bertahan apabila bermain di sana.Jangan fikir tahu hendak menyerang sahaja, sudah tentu strategi kena berlainan semasa kami beraksi di tempat sendiri.

“Tiga mata di Kota Bharu cukup penting kerana boleh meletakkan kami dalam kedudukan yang lebih selesa dalam mencari tempat ke suku akhir,” katanya.

Pada aksi di Stadium MBPJ, Jumaat lalu tuan rumah meraih tiga mata hasil kemenangan 3-1 ke atas pelawat.

Ketika ini The Phoenix berada ditangga kedua kumpulan dibelakang JDT dengan mengutip empat mata manakala Sabah FC dikedudukan ketiga (2 mata) dan Kelantan FC ditangga tercorot dengan satu mata.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading