Bola Sepak

‘Musuh ketat’ di padang, rupanya pemain Thailand Airfan Doloh ‘sek klate’


SEJAK awal perlawanan Kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun berlangsung di Mongolia, skuad muda negara mempamerkan ‘sisi’ yang menarik perhatian seluruh peminat bola sepak yang mengikuti kejohanan ini.

Bermula ‘tunduk hormat’ kepada pasukan Mongolia selepas tamat perlawanan minggu lalu, mereka sekali lagi mencuri perhatian dengan aksi ‘sujud syukur’ selepas mengesahkan layak ke final Piala Asia B-23 Tahun di Uzbekistan Jun tahun depan.

Ia selepas skuad kendalian Brad Maloney ini berjaya mengikat pasukan Thailand dengan seri tanpa jaringan sekaligus mengumpul tujuh mata untuk mengetuai Kumpulan J dengan keputusan penuh tanpa kalah dan dibolosi gol lawan.

Tidak berhenti di situ apabila skuad B-22 negara sekali lagi menjadi perhatian apabila menunjukkan sikap ramah menegur salah pemain muda Thailand Airfan Doloh ketika berada di sebuah restoran selepas berakhir perlawanan.

Perkongsian sekeping gambar yang dimuatnaik di Facebook rasmi pasukan Thailand ‘Changsuek’ memaparkan gambar Airfan bersama pemain-pemain negara. Menjengah ruangan komen posting tersebut, rata-rata memberi pujian hubungan baik Malaysia-Thailand ini.

Apa yang menarik Airfan,20, yang mesra dipanggil Pang menjawab sapaan daripada pemain-pemain negara dalam dialek Kelantan.

Malah tidak mengejutkan juga jika perbualan dalam bahasa ‘Klate’ memandangkan beberapa pemain dalam skuad negara termasuk Nik Akif Nik Mat serta Hakimi Abdullah sememangnya berasal daripada negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Tidak menjadi masalah buat Airfan yang dilahirkan di Narathiwat (berdekatan dengan pintu sempadan Sg Golok-Rantau Panjang) kerana dia sendiri ‘sek klate’ (Orang Kelantan) yang mempunyai darah Kelantan melalui bapanya Muhammad Yunainan dilaporkan berasal dari Tumpat.

Airfan antara pemain muda berbakat pasukan ‘Gajah Perang’ yang kini beraksi bersama Uthai Thani secara pinjaman dari Buriram United.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: