
BAGI memastikan sukan berprestasi tinggi terhindar daripada campur tangan politik satu organisasi sukan baharu bakal ditubuhkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) secepat mungkin agar masa depan industri sukan terus terpelihara.
Presidennnya, Tan Sri Norza Zakaria berkata, perubahan itu perlu dilakukan segera agar segala persiapan atau perancangan ke Sukan Olimpik Paris 2024 dan Los Angeles 2028 dapat dilaksanakan dengan lebih baik meskipun berlaku perubahan politik semasa.
“Kita melihat, badan organisasi sukan berprestasi tinggi ini mesti jadi wadah kepada sasaran jangka pendek dan jangka panjang. Perkara paling penting sukan prestasi tinggi ini tidak diganggu meskipun berlaku perubahan politik atau struktur kerajaan.
“MOM ingin mencadangkan untuk menubuhkan organisasi yang terdiri daripada MOM serta wakil-wakil agensi kerajaan yang akan memantau atau bertanggung jawab ketika pasukan akan menghadapi Olimpik nanti,” katanya ketika pada sidang media di Wisma MOM, hari ini.
Jelasnya, sekiranya organisasi itu bebas dalam bebas dari politik ia akan memudahkan syarikat swasta untuk menjalin kerjasama atau memberi tajaan kepada kelangsungan program sukan berprestasi tinggi tahun depan.
“Kita melihat, bila syarikat swasta ingin menjalankan kerjasama, mereka mahu ROI (pulangan pelaburan) yang sepatutnya. Jadi kita perlu melihat secara holistik adakah sukan berprestasi tinggi ini bebas dari politik atau birokrasi
“Kita bercakap mengenai sukan prestasi tinggi, jadi perubahan perlu dilakukan dengan segera. Kita rasa sudah tiba organisasi ini bebas dari politik. Saya harap dapat dipertimbangan secara positif untuk kebaikkan industri sukan itu sendiri,” tegasnya.
Add Comment