Ziyad dan Mohd Faizol gagal buktikan kehadiran pada waktu ditetapkan – Ahmad Faizal


Oleh : SUBKHI SUDARJI

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan Jawatankuasa Siasatan Dalaman yang ditubuhkan bagi mencari dan mengenalpasti isu insiden yang berlaku terhadap atlet para Olahraga negara Muhammad Ziyad Zolkefli mendapati dia dan jurulatihnya, Mohd Faizol Harun tidak dapat membuktikan mereka sampai pada waktu yang ditetapkan.

Katanya, keputusan ini dibuat hasil daripada sesi temubual serta dokumen-dokumen yang diperolehi dalam tempoh siasatan.

“Atlet dan jurulatih berkenaan tidak dapat membuktikan mereka sampai pada waktu yang ditetapkan untuk pendaftaran di CallRoom 1, walaupun pada anggapan mereka berdua bahawa mereka telah sampai sebelum tamat waktu pendaftaran.

“Walaupun terpaksa menerima keputusan yang dibuat oleh World Para Athletic (WPA) bagi isu Ziyad, pihak Persatuan Olahraga Para Malaysia dan Majlis Sukan Negara akan tetap mengemukakan pandangan Malaysia ekoran kekeliruan peraturan teknikal Para Olahraga khususnya mengenai peraturan “DidNotStart(DNS).

“Seperti kita sedia maklum, pegawai teknikal menegaskan Ziyad dan dua Atlet lain iaitu dari Australia dan Ecuador telah melewati tempoh masa melaporkan diri tetapi masih dibenarkan beraksi,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan, hari ini.

Jawatankuasa Siasatan Dalaman ini telah dilantik Pada 15 September 2021 yang mana tujuan penubuhannya adalah bagi mencari dan mengenalpasti isu insiden yang berlaku terhadap atlet para Olahraga negara iaitu Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara Lontar Peluru F20 di Temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab untuk mengemukakan laporan Dan cadangan penambahbaikan kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Ahmad Faizal berkata, pihaknya memandang serius isu ini dan semua pihak harus lebih bertanggungjawab pada masa akan datang.

“KBS juga akan memastikan tindakan susulan yang wajar diambil oleh atlet, jurulatih dan juga pegawai khususnya bagi tujuan kesedaran, pengajaran, penambahbaikkan dan rujukan agar perkara seperti ini tidak berulang lagi.

“Meskipun sedemikian lontaran yang dibuat oleh Muhammad Ziyad Zolkefli di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 akan diharga,” katanya.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading