KERAJAAN menyediakan peruntukan RM20 juta bagi merancakkan industri e-sukan yang dilihat mampu menjadi prospek terbaik pembangunan sukan negara.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan berkenaan disediakan bagi merancakkan pertumbuhan e-sukan kebangsaan termasuk RM5 juta untuk mewujudkan Pusat Kecemerlangan Sukan Dron.
“Saya amat gembira apabila membaca berita bahawa terdapat atlet e-sukan anak tempatan yang berjaya meraih pencapaian cemerlang di kejohanan antarabangsa di Romania baru-baru ini.
“Kejayaan seperti ini adalah bukti bahawa negara kita mempunyai bakat muda yang perlu disokong dan digilap,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini.
Add Comment