Semasa Sepak Takraw

Entiti baharu Persekutuan Sepak Takraw Malaysia ditubuhkan


Markiman (tiga, kanan) bersama peguamnya menyerahkan dokumen permohonan penubuhan entiti baharu kepada Ketua Penolong PJS, Hatta Mohd Yasin( dua,kiri) hari ini.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

ENTITI baru sepak takraw negara yang dinamakan Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) bakal ditubuhkan bagi menggantikan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) yang sudah tidak releven dengan fungsinya selepas dibuang serta disingkirkan sebagai ahli gabungan Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF).

Presiden Jawatankuasa Penaja Persekutuan Sepak Takraw Malaysia, Datuk Markiman Kobiran berkata, pihaknya yakin bahawa entiti baru ini akan diterima sebagai kerabat ASTAF atas dasar barisan kepimpinan yang keseluruhannya berwajah baru dan tidak terpalit dengan isu yang mencemarkan imej dan maruah sepak takraw negara.

“Kami juga akan menghantar satu salinan dokumen pendaftaran Jawatankuasa Penaja penubuhan Persekutuan Sepaktakraw Malaysia kepada pihak ASTAF sebagai makluman.

“Ini bagi membuktikan kesungguhan dan komitmen yang tinggi untuk membina semula keyakinan ASTAF agar menerima kembali Malaysia sebagai ahli gabungan ASTAF dengan meletakkan tadbir urus yang berteraskan amanah dan intergriti dalam kepimpinan sukan sepak takraw di Malaysia,” katanya kepada media selepas menyerahkan dokumen permohonan pendaftaran entiti baharu yang diberi nama Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) di pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia, sebentar tadi.

Markiman berkata, rundingan demi rundingan antara pihaknya dengan PJS dan PSM expel telah berjalan dalam suasana harmoni dengan harapan untuk membaik pulih imej dan maruah PSM yang tercalar.

“Namun situasi terkini jelas menunjukkan bahawa ada pihak tertentu yang masih memimpin PSM yang telah dibuang ASTAF cuba untuk menggagalkan usaha membaikpulih imej dan kredibiliti PSM dengan menolak atau meminda pindaan perlembagaan PSM yang telahpun dipersetujui dan dimuktamadkan di meja rundingan PJS pada Mesyuarat Agong Luar Biasa PSM expel 30 Oktober 2021.

“Mereka juga berusaha untuk menggagalkan Pelan Remedi PSM sepertimana yang telah dipersetujui bersama di meja rundingan PJS.

“Amat malang lagi bila mana PSM yang dibuang ASTAF berterusan mewujudkan suasana konfrantasi dengan 3 ahli gabungan iaitu Selangor, Sarawak dan Putrajaya,” tegasnya.

Logo baharu dibawah entiti Persekutuan Sepak Takraw Malaysia.

 

Tambahnya lagi, sepatutnya demi mengembalikan imej dan maruah sepak takraw di mata dunia PSM expel mestilah mengambil langkah menjalin hubungan lebih erat dengan semua persatuan negeri kerana ianya amat penting untuk mengembalikan keyakinan ASTAF terhadap kredibiliti dan intergriti kepimpinan PSM.

“Nampaknya kepimpinan PSM expel telah gagal belajar dari kesilapan dan berterusan dengan sikap ego telah mencipta kesilapan baru,” katanya.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: