Bola Sepak

Beraksi tanpa penonton, Selangor FC tetap bersemangat buru kemenangan


Oleh : SUBKHI SUDARJI

PENGURUS pasukan Selangor FC, Mahfizul Rusydin Ab Rashid tidak mahu larangan kemasukkan penonton pada aksi menentang Kuching City FC di Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunos, Johor Bharu mengganggu momentum kemenangan pasukan.

Namun pada masa sama pasukan juga tidak menafikan sumbangan semangat pemain ke 12 yang turut menjadi faktor kepada setiap persembahan pasukan sama ada digelanggang sendiri mahupun ditempat lawan.

Ujarnya, momentum kemenangan perlu diteruskan dengan tiga mata perlu diraih sebagai jaminan untuk ke peringkat suku akhir.

“Adalah penting bagi pemain mengekalkan prestasi secara konsisten bagi capai matlamat dalam saingan Piala Malaysia 2021.

“Bermain di gelanggang pihak lawan tanpa penonton tidak akan beri masalah kepada pasukan, kalau diikutkan rekod sepanjang Liga Super kali ini pasukan berupaya mendapatkan mata lebih banyak dari bermain di tempat sendiri.

“Namun peranan penyokong yang merupakan tulang belakang pasukan tetap menjadi faktor kejayaan pasukan,” katanya kepada CAKAPSUKAN, sebentar tadi.

Terdahulu, saingan Piala Malaysia diantara Selangor FC menentang Kuching City FC esok yang diadakan di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Johor Bahru selaku tuan rumah bagi skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salin akan dilangsungkan tanpa kehadiran penonton.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Mahfizul memaklumkan pasukannya telah menerima surat dari Kuching City FC yang menerangkan keputusan berkenaan dibuat.

“Ada sedikit masalah teknikal yang dihadapi Kuching City FC dan kami memahaminya,” ujarnya.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply