Bola Sepak

Malik main macam Mo Salah – Dollah


Oleh : SUBKHI SUDARJI

CABARAN  dan kritikan yang disuarakan Dollah Salleh terhadap pemainnya, Abdul Malik Mat Ariff agar melihat corak permainan bintang Liverpool, Mohamed Salah berjaya menaikkan semangat pemain berkenaan untuk membantu kemenangan 4-0 Sri Pahang FC ke atas Penang FC.

Tegas Dollah, dia sememangnya sudah mengetahui kelebihan dimiliki Malik sebagai penyerang dan menyarankan agar melihat corak permainan penyerang kelahiran Mesir yang meledak hatrik untuk menewaskan Manchester United.

” Sebelum ini dia selalu tukar posisi bergerak dibahagian sayap kiri dan kanan, jadi saya sarankan agar dia melakukan bagaimanana Salah bermain ketika menentang Man United.

Malik (kiri) dan Hidalgo menjaringkan gol membantu kemenangan Sri Pahang FC.

“Saya katakan padanya jika awak mampu lakukan seperti itu ia akan mengubah keputusan pasukan dan Alhamdulillah dia telah buktikan,” jelasnya.

Pada perlawanan tersebut, Tok Gajah nyata tampil dengan aksi berbeza apabila mempamerkan corak serangan sejak wisel dibunyikan hingga memberikan tekanan kepada Harimau Kumbang.

Sri Pahang FC meraih tiga mata penuh dengan kemenangan 4 gol tanpa balas ke atas Penang FC hasil jaringan Abdul Malik Mat Ariff pada minit ke-11 dan 55 manakala satu lagi oleh Manuel Hidalgo (m-47) dan Abubakar Yakubu (m-72).

Kemenangan itu meletakkan  skuad Tok Gajah mengutip tiga mata manakala Kuala Lumpur (KL) City FC mengungguli Kumpulan A dengan tujuh mata, Sarawak United (enam) dan Penang FC (satu).

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: