Bola Sepak

Harimau Kumbang belum mahu mengalah


Oleh : SUBKHI SUDARJI

PENANG FC yang sebelum ini dilihat salah satu pasukan dalam Kumpulan A akan melangkah ke saingan suku akhir Piala Malaysia 2021 menerima tamparan selepas menghuni tangga tercorot liga.

Hanya meraih satu mata selepas tiga perlawanan Harimau Kumbang kini perlu melakukan aksi luar biasa selepas Sri Pahang FC yang sebelum ini mempamerkan aksi tidak konsisten meraih kemenangan pertama dengan jaringan besar ke atas mereka.

Namun bagi Ketua jurulatih Penang FC, Tomas Trucha dia tetap percaya skuadnya itu masih berpeluang untuk merebut melayakkan ke pusingan seterusnya.

“Saingan Piala Malaysia masih lagi berbaki tiga perlawanan dan saya akan memastikan Penang FC dapat memanfaatkannya untuk layak ke pusingan seterusnya

“Pada masa sama, kami akan beraksi di tempat sendiri bertemu Sri Pahang, Rabu ini dan mengharapkan kekalahan ini dapat ditebus dan mencatat kemenangan pertama dalam saingan Piala Malaysia,” katanya.

Pada perlawanan Sabtu lalu, Penang FC gagal menyekat Sri Pahang daripada mengutip tiga apabila apabila tewas 0-4.

Empat gol tuan rumah, masing-masing dua dijaringkan Abdul Malik Mat Ariff pada minit ke-11 dan 55 manakala satu oleh Manuel Hidalgo (m-47) dan Abubakar Yakubu (m-72).


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: