Bola Sepak

Kim Swee ucap tahniah, “Bukti kepakaran berpengalaman penting dari yang pandai berpropaganda”


Pemain-pemain dan barisan jurulatih Malaysia meraikan kemenangan skuad negara pada aksi Kelayakan Piala Asia B-23 di Mongolia pada Ahad. Foto: FAM

BEKAS pengendali skuad Bawah 23 Tahun negara, Datuk Ong Kim Swee memberitahu tanpa sebarang pendedahan luar negara pasukan muda negara boleh berjaya.

Kim Swee pernah membimbing skuad muda kebangsaan dari tahun 2017 hingga 2019 sebelum dilantik sebagai Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) awal tahun ini, namun meletak jawatan untuk menjadi jurulatih Sabah FC bermula Oktober 2021.

Beliau ‘retweet’ kejayaan pasukan B-22 ke final Piala Asia B-23 2022 daripada ciapan Twitter FAM dengan mengucapkan tahniah kepada jurulatih pasukan Brad Maloney, barisan kejurulatihan serta para pemain.

 

“Dan tidak lupa kepada FAM yang sentiasa menyokong pasukan remaja negara.

“Tanpa sebarang pendedahan luar negara dan persiapan yang singkat, membuktikan kepakaran yang berpengalaman amat penting dari yang pandai berpropaganda.”

Skuad B-22 mara ke final Piala Asia B-23 2022 yang bakal berlangsung di Uzbekistan bermula 1 Jun depan.

Mereka layak selepas bergelar juara Kumpulan J dengan rekod tanpa kalah dan bolos ketika bertemu Laos, tuan rumah Mongolia dan Thailand.

Sebagai rekod, Kim Swee pernah membimbing skuad B-23 negara mara ke suku akhir  Piala Asia B-23 2018.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: