Bola Sepak

Pemilik PJ City FC gembira kejayaan skuad B-22, ‘#Yakinilokal’ tarik perhatian


Sebahagian daripada pemain-pemain negara meraikan kejayaan ke final Piala Asia B-23 tahun depan. Foto: FAM

Oleh: SURYATI MOHD NOR

KEJAYAAN pasukan Bawah 22 Tahun Negara yang layak ke final Piala Asia Bawah 23 Tahun 2022 merupakan satu berita yang menggembirakan seluruh peminat bola sepak tempatan.

Dibarisi dengan pemain-pemain muda dari pelbagai kelab, mereka tampil dengan aksi yang tidak mengecewakan dengan mengekalkan rekod tanpa kalah dan bolos sepanjang tiga aksi dalam Kumpulan J di Stadium MFF Ulaanbaatar, Mongolia.

Di media sosial hari ini, penuh dengan ucapan tahniah kepada skuad kendalian Brad Maloney ini.

Turut menarik perhatian, ucapan pemilik kelab Petaling Jaya City FC, Datuk Seri Vijay Eswaran yang melahirkan rasa bangga dengan pencapaian skuad ini.

 

Jelasnya, beliau gembira dengan berita kejayaan pemain muda berbakat tempatan yang layak ke Piala Asia B-23 di Uzbekistan tahun depan.

“Saya sangat percaya ia merupakan isyarat permulaan ketibaan bola sepak kita ke antarabangsa.

“Tahniah kepada pemain-pemain Brad Maloney untuk prestasi ini dalam norma baharu.”

Malah beliau juga turut meletakkan ‘As Always#Yakinilokal’.

Seperti yang diketahui, PJ City FC merupakan satu-satunya pasukan Liga Malaysia yang menaruh kepercayaan seratus peratus menggunakan khidmat pemain-pemain tempatan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: