
SERGIO Aguero mengalami masalah pernafasan pada penampilan pertama bersama Barcelona ketika bertemu Alaves awal pagi Ahad.
Penyerang Argentina yang berpindah ke Barcelona dari Manchester City sebagai pemain bebas musim ini dilihat terbaring di padang pada minit ke-40 dengan tangannya memegang dada.
Pasukan medikal Barcelona bergegas mendapatkan pemain itu dan beberapa minit kemudian kelihatan Aguero berjalan perlahan-lahan keluar padang.

Posisi pemain berusia 33 tahun itu digantikan oleh Philippe Coutinho.
Aguero dibawa ke hospital untuk menjalani ujian rawatan susulan berkaitan dengan masalah kesukaran bernafas itu.
Difahamkan degupan jantungnya lebih laju berbanding normal.
Add Comment