Antarabangsa

Barcelona bincang dengan Xavi jadi pengurus baharu


Xavi dilaporkan sudah mengadakan perbincangan bersama bekas kelabnya, Barcelona.

BARCELONA dilaporkan mengadakan perbincangan bersama Xavi untuk menjadi pengurus kelab yang baharu.

Xavi yang kini menguruskan kelab Al-Sadd di Qatar menjadi pilihan utama mengisi kekosongan pengurus selepas Ronald Koeman dipecat pada Rabu sebaik sahaja aksi tewas kepada Rayo Vallecano.

Kekalahan itu menyaksikan Barcelona kini berada di tangga kesembilan La Liga, dengan kempen awal musim paling buruk selepas 1987-88.

Xavi merangkul pelbagai trofi sepanjang 17 tahun bersama skuad senior Barcelona.

Difahamkan Xavi sudah dimaklumkan lebih awal untuk kembali ke Nou Camp sebagai pengurus dan dijangka perbincangan lanjut termasuk bersama Al-Sadd diteruskan minggu ini.

Sebagai rekod, Xavi dianggap antara legenda Barca merakam 767 permainan bersama Barcelona di antara tahun 1998 dan 2015 selepas bakatnya di kesan melalui akademi kelab.

Dia berkelana ke kelab Qatar selepas meninggalkan Barcelona pada tahun 2015 sebagai pemain.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: