Antarabangsa

Barcelona pecat Koeman


Koeman akhirnya dipecat susulan prestasi hambar pasukan.

BARCELONA mengumumkan pemecatan Ronald Koeman sebagai jurulatih beberapa jam selepas kelab bimbingannya itu tewas 0-1 kepada Rayo Vallecano dalam saingan La Liga.

“FC Barcelona telah memecat Ronald Koeman daripada jawatannya sebagai jurulatih. Presiden kelab Joan Laporta memaklumkan Koeman tentang keputusan ini selepas kekalahan kepada Rayo Vallecano.

“Ronald Koeman akan mengucapkan selamat tinggal kepada skuad di Ciutat Esportiva pada Khamis,” kata kenyataan Barcelona melalui laman web rasmi pasukan.

Barcelona hanya menang dua dalam enam bulan terakhir mereka dan kalah empat, walaupun kehilangan Lionel Messi boleh dijadikan alasan kepada prestasi semasa pasukan itu, nasib Koeman tidak dapat dikekalkan lagi.

Koeman dilantik menggantikan Quique Setien pada 19 Ogos 2021.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: