Antarabangsa

Beckham setuju perjanjian RM857 juta sebagai duta Piala Dunia 2022 Qatar


Beckham bakal diumumkan sebagai duta rasmi Piala Dunia 2022 Qatar.

LEGENDA bola sepak England, David Beckham dijangka akan bergelar duta untuk Qatar menjelang Piala Dunia 2022.

Beckham dipercayai telah bersetuju dengan perjanjian bernilai 150 juta paun (RM857 juta) untuk menjadi duta dan ianya akan diumumkan secara rasmi oleh Qatar bulan depan.

Menurut laporan The Sun, Beckham akan berperanan sebagai duta rasmi bagi mempromosikan pelancongan dan kebudayaan Qatar.

Beckham dilihat berafa di Qatar awal bulan ini.

Awal bulan ini, Beckham dilihat berada di Qatar dengan melawati beberapa lokasi termasuk di stadium yang akan digunakan untuk aksi Piala Dunia nanti.

“David selalu bercakap mengenai kuasa bola sepak untuk di bahawa ke tahap yang lebih baik.

“Untuk tempoh setahun akan datang, dia akan menyertai komuniti bola sepak yang tampil bersama untuk Piala Dunia 2022 dan sudah bersedia untuk menjadikan sebagai kejohanan yang hebat,” jelas jurucakap Beckham kepada The Sun.

Beckham menjalin hubungan baik dengan Nasser Al-Khelaifi sejak tiba di Perancis 2013.

Hubungan baik Beckham dengan Qatar bukan perkara baharu, sebaliknya sejak dia bergelar pemain Paris Saint-Germain (PSG) pada tahun 2013.

Dan sejak itu, hubungan baiknya dengan pemilik PSG Nasser Al-Khelaifi terus rapat sehingga kini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading