Antarabangsa

Cardiff City pecat McCarthy


McCarthy meninggalkan Cardiff Citry selepas sembilan bulan bersama.

CARDIFF City mengesahkan pengurus Mick McCarthy dan penolong pengurus Terry Connor pasukan utama telah meninggalkan kelab serta-merta dengan persetujuan bersama.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Mick dan Terry di atas usaha mereka sepanjang bersama Bluebirds dan semoga berjaya di masa depan,” jelas satu kenyataan ringkas di laman sesawang rasmi Cardiff City.

Steve Morison dan Tom Ramasut akan mengambil alih tugasan bagi pasukan utama buat sementara waktu sebelum kelab mencari pengganti baharu.

Pemecatan itu dilaporkan berlaku selepas Bluebirds tewas 0-2 kepada Middlesbrough dalam aksi Liga Kejuaraan Inggeris pada Jumaat.

Kekalahan itu juga menyaksikan rekod kelapan berturut-turut sejak McCarthy,62, mengambil alih pasukan pada Januari dan menandatangani kontrak baharu selama dua tahun Mac lalu.

Cardiff City kini hanya mengutip 11 mata daripada 14 perlawanan liga musim ini, malah tiada jaringan dirakam selepas Sean Morrison menjaringkan gol tunggal ketika aksi tewas 1-5 kepada  Blackburn 25 September lalu.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading