Bola Sepak

“Takkan tak mampu selepas sebat duit kerajaan…” – TMJ


Oleh: JJFIRDAUS

SETELAH berehat lebih dua minggu akibat dijangkiti Covid-19, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim kembali menyuarakan kebimbangannya terhadap pengurusan bola sepak tempatan.

Menerusi hantaran terbaharu di Instastorynya, Tunku Ismail menempelak mentaliti pengurusan pasukan bola sepak di Malaysia yang dilihat masih ditakuk lama dan hanya pandai bercakap di media sosial.

“Sampai bila nak beria dalam media sosial, dalam televisyen, semua kelab, pengurusan, pengacara bercakap pasal bola sepak macam orang profesional tetapi padang masih ‘Cow Grass’? Negara jiran dah bertahun tukar rumput.

“Di sini mentaliti hanyalah mahu menukar tempat duduk dan membina gimnasium sahaja. Harga padang paling mahal RM1.4 juta manakala paling murah RM890,000 termasuk drainage,” tulis Tunku Ismail.

Seperti mana diketahui, Tunku Ismail sangat mementingkan kualiti padang yang baik. Jika semua pasukan lebih fokus kepada padang berkualiti, mutu permainan akan meningkat sekaligus menghasilkan keputusan yang baik.

Malah Tunku Ismail juga kelihatan tidak ‘gemar’ dengan tindakan sesetengah pengurusan pasukan yang sanggup berhabis jutaan ringgit mendapatkan pemain import daripada menaik taraf permukaan padang.

“Beli import berjuta-juta boleh tetapi tidak mampu menaik taraf padang yang lebih murah dari mengambil pemain import. Kemudian mahu bercakap seperti orang profesional. Mentaliti.”

Ini adalah realiti sebenar yang berlaku dalam bola sepak di negara ini. Belum lagi kita bercerita tentang kelewatan pembayaran gaji pemain yang saban tahun melanda.

Lebih menyedihkan, ada pengurusan yang menganggap perkara itu adalah perkara biasa yang tidak perlu dihebohkan.

Semoga apa yang ditegur oleh Tunku Ismail dapat diterima semua pihak bagi kepentingan masa depan bola sepak di negara ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: