Bola Sepak

AFF lulus cadangan Pindaan Statutnya


Hamidin Mohd Amin

PERSEKUTUAN Bola Sepak Asean (AFF) meluluskan cadangan pindaan terhadap Statutnya yang selari dengan FIFA dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), tertakluk kepada beberapa penambahan susulan maklum balas sesetengah ahli gabungannya.

Kongres AFF Ke-28 yang berlangsung hari ini dengan dianggotai perwakilan dari 12 negara anggota, menyaksikan badan induk serantau itu bersetuju antara lain untuk mengehadkan tempoh pemegang jawatan, termasuk Presiden, kepada tiga penggal penuh.

Sidang Kongres AFF juga bersetuju menubuhkan cawangan di negara lain selain daripada lokasi ibu pejabatnya, namun tertakluk kepada kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Kongres AFF ke-28 berlangsung secara maya pada Sabtu.

“Pindaan lain yang diterima pakai menyentuh bidang kuasa Presiden dan Ahli Majlis serta prosedur mesyuarat.

“Negara anggota AFF menerima pindaan terhadap Statutnya dengan beberapa penambahan bagi memastikan ia ditadbir urus dengan telus,” kata Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Turut hadir dalam Kongres secara maya itu ialah Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: