Oleh : SUBKHI SUDARJI
KUALA LUMPUR City FC membuktikan kemampuan dalam saingan Piala Malaysia selepas meraih tiga mata penuh menewaskan Sarawak United FC, 4-0 pada aksi Kumpulan A, di Stadium KLFA Cheras sebentar tadi.
Kemenangan yang diraih ini memastikan skuad bimbingan Bojan Hodak merampas kedudukan selaku peneraju kumpulan dengan kelebihan satu mata berbanding SUFC ditangga kedua dengan enam mata selepas berakhirnya tiga perlawanan.
Pemain import KL City FC, Romel Morales tidak menunggu lama untuk mencipta nama selaku penjaring apabila rembatannya dari luar kotak penalti pada minit ke-9 berjaya menewaskan penjaga gawang SUFC, Shaiful Wazizi Mohamad .
Gawang pelawat bocor sekali lagi selang dua minit kemudian juga menerusi penyudahan sempurna Morales yang menanduk masuk sepakan penjuru untuk gol kedua peribadinya dan pasukan.
Ketinggalan dua gol nyata merubah corak permainan SUFC yang mula mempamerkan corak permainan agresif memburu gol untuk merapatkan jurang dan hampir memperolehi gol pertama menerusi Nur Shamie Iszuan namun percubaannya pada minit ke-27 ketika hanya berdepan penjaga gawang Kevin Mendoza berjaya gagal membuahkan hasil.
Tuan rumah terus memperolehi gol ketiga menerusi jaringan J Partiban pada minit ke 55 sebelum Ryan Lambert turut mencetak nama dengan gol keempat buat pasukan.

SATU lagi perlawanan dalam Kumpulan A membabitkan Sri Pahang FC menentang Penang FC di Stadium Darul Makmur juga berkesudahan dengan kemenangan bergaya 4-0 tuan rumah mengatasi pelawat.
Gol jaringan Abdul Malik Mat Aris pada minit ke-10 memisahkan keputusan kedua-dua pasukan pada separuh masa pertama sebelum Manuel Hidalgo melebarkan jurang kelebihan seminit selepas babak kedua bersambung menerusi rembatan pemain import dari Argentina, Manuel Hidalgo pada minit ke 47.
Abdul Malik terus mengukuhkan kedudukan buat tuan rumah apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke 55 sebelum Abu Bakar Yakubu menerusi tandukan untuk menewaskan Shaiful Wazizi buat kali keempat pada minit ke-72.

SEMENTARA itu aksi dalam Kumpulan B pula, Perak FC yang beraksi dilaman sendiri gagal meraih tiga mata penuh selepas kecundang 1-4 ketika melayan kunjungan Terengganu FC.
Pelawat bagaimanapun berada dihadapan seawal minit ke-9 menerusi Faisal Halim yang berjaya menewaskan kawalan dua pertahanan tuan rumah sebelum melepaskan rembatan yang gagal dikekang benteng terakhir Perak FC, Hafizul Hakim.
Perak FC bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti pada minit ke-24 menerusi Sergio Aguero namun sekali lagi ketinggalan buat kali kedua selepas jaringan gol pemain sendiri Danish Haziq pada minit ke-47 sebelum Andrew Lee Tuck memastikan tiga mata penuh dengan dua gol jaringannya pada minit ke-54 dan 82.
Add Comment