Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia B-23: Maloney jangka aksi sengit bertemu Thailand


Pemain-pemain menjalani latihan ringan menjelang pertemuan dengan Thailand esok. Foto: FAM

BARISAN pemain muda Bawah 22 Tahun negara bakal berdepan dengan pasukan Thailand pada aksi terakhir Kumpulan J Kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) 2022 di Mongolia pada Ahad.

Dengan rekod baik dua perlawanan sebelum ini bertemu Laos dan tuan rumah, skuad kendalian Brad Maloney kini menguasai kedudukan kumpulan dengan enam mata mengatasi Thailand di tempat kedua yang mengumpul empat mata.

Selepas dua kemenangan tipis dengan jaringan masing-masing satu gol, pastinya Maloney sudah ‘khatam’ dengan corak permainan setiap pemainnya serta memperbaiki beberapa kelemahan yang ada menjelang aksi bertemu Thailand esok.

“Thailand sememangnya sebuah pasukan yang baik dan kami menghormatinya, namun kita kekal dengan prinsipal dan pelan sendiri.

“Setakat ini, saya berpuas hati dengan apa yang ditunjukkan pemain-pemain tetapi ada tugas berat yang perlu dilakukan dan berharap dapat bersaing dengan baik,” jelasnya kepada media pada Sabtu.

11 juara kumpulan (A hingga K) serta empat pasukan naib juara kumpulan terbaik akan layak ke pusingan akhir pada Jun 2022 bersama pasukan tuan rumah, Uzbekistan.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: