Bola Sepak

Kelantan FC perlu catat dua kemenangan buru slot ke suku akhir


Oleh : SUBKHI SUDARJI

KELANTAN FC masih enggan mengibarkan bendera putih dalam saingan Kumpulan D, Piala Malaysia 2021 dengan dua aksi dilaman sendiri perlu diterjemahkan dengan kemenangan.

Selepas ini Kelantan FC akan menanti kunjungan PJ City FC di Kota Bharu pada 2 November sebelum bertemu Sabah FC pada 6 November dan kembali semula beraksi di Stadium Sultan Muhammad ke IV menentang JDT selang tiga hari kemudian.

Penolong Ketua Jurulatihnya, Rezal Zambery Yahya berkata, peluang meneruskan saingan di peringkat suku akhir tetap ada dengan sasaran enam mata pada aksi di Kota Bharu, nanti.

Rezal Zambery masih menaruh kepercayaan kepada pasukannya untuk mencari slot ke suku akhir. Foto: MFL

“Pada saya harapan dan peluang masih ada dimana kita akan jumpa pasukan yang sama pada pusingan kedua nanti.

“PJ City akan bertandang di Kota Bharu, Selasa nanti, mahu atau tidak kita perlukan dua kemenangan untuk buka kembali peluang dan harapan bermain di peringkat suku akhir nanti,” jelasnya pada sidang media selepas perlawanan.

Pada perlawanan menentang Petaling Jaya City FC malam tadi, Kelantan FC tewas 1-3 kepada tuan rumah yang terus meletakkan mereka berada dikedudukan tercorot peringkat kumpulan selepas tiga perlawanan dengan hanya meraih satu seri dan dua kekalahan.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading