Bola Sepak Komentar

Tak rugi Malaysia bida tuan rumah Kelayakan Akhir Piala Asia 2023


Harap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dapat mempertimbangkan hasrat FAM yang mahu membida hak tuan rumah pusingan kelayakan akhir Piala Asia 2023.

Oleh MOHD FARIQ

SEMALAM penulis ada terbaca satu artikel menyatakan bahawa Malaysia telah diberikan gambaran tidak akan membida hak untuk menjadi tuan rumah pusingan kelayakan akhir Piala Asia 2023.

Dalam artikel berkenaan menyatakan bahawa Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberitahu pihak kerajaan akan lebih memberikan keutamaan kepada usaha memulihkan ekonomi pasca pandemik berbanding mengeluarkan dana untuk kos penganjuran pusingan kelayakan akhir Piala Asia 2023.

Kenapa kita tidak mahu berbuat demikian? Spontan terlintas dalam fikiran penulis yang selalunya cepat melatah.

Bukan apa, melihat senario semasa yang berlaku di dalam negara sekarang nampaknya semakin positif.

Atau lebih tepat untuk mengatakan bahawa kehidupan rakyat jelata semakin baik dan lebih bebas untuk mencari rezeki jika dibandingkan tiga bulan lalu selepas kadar vaksinasi lengkap penduduk berstatus dewasa telah melepasi 90 peratus dalam populasi negara.

Pertama penulis memahami sentimen yang dimaksudkan oleh menteri itu di mana kesejahteraan rakyat diberikan keutamaan paling penting dalam pandemik Covid-19 ini.

Bagaimanapun sejujurnya penulis gambaran yang diberikan pihak kerajaan itu terlalu awal sebenarnya sebagaimana AFC sebelum ini telah memaklumkan aksi kelayakan akhir Piala Asia 2023 itu akan diadakan pada 8,11 dan 14 Jun tahun depan.

Jadi, kenapa kita perlu tergesa-gesa untuk ‘tarik diri’ daripada membida hak tuan rumah pusingan kelayakan akhir Piala Asia 2023 sedangkan perancangan teliti boleh dilakukan bermula dari sekarang.

Skuad Harimau Malaya menjalani latihan di Satdium Nasional Bukit Jalil sebelum ini.

BOLA SEPAK JUGA PENJANA EKONOMI NEGARA

Ada dua faktor daripada menteri yang penulis sempat ingat mengapa Malaysia tidak disarankan membida hak tuan rumah pusingan kelayakan akhir Piala Asia 2023.

Pertama adalah pihak kerajaan mahu memberikan keutamaan kepada usaha untuk memulihkan ekonomi pasca pandemik.

Manakala alasan kedua pula sanomi negara jika kita dipilih secara rasmi menjadi tuan rumah pusingan kelayakan akhir Piala Asia 2023.

Bercakap mengenai ekonomi, bola sepak juga adalah industri yang membantu menyumbang kedudukan perdagangan negara.

Ini kerana penulis percaya keputusan sekiranya Malaysia menjadi tuan rumah pusingan kelayakan akhir Piala Asia 2023 akan membuatkan ekonomi negara lebih galak dan memberangsangkan.

Stadium Nasional Bukit Jalil sentiasa dipenuhi dengan penonton Malaysia. Foto: Phalinn Ooi

Bukan sahaja di peringkat antarabangsa sebaliknya ia juga turut berlaku dalam arena tempatan khususnya mengaitkan industri perhotelan dan pelancongan negara.

Bercakap mengenai kemasukan penonton, kita sebenarnya ada platfrom menguji berkesanan melalui TM Piala Malaysia yang telahpun memberikan signal bahawa kemasukan penonton dibenarkan mengikut fasa setiap negeri.

Sudah pasti individu lengkap vaksinasi dan penguatkuasaan standard operasi prosedur (SOP) antara elemen penting dalam usaha menjayakan perancangan ini sekali gus alasan kemasukan penonton sebenarnya tidak harus dijadikan isu.

PERDANA MENTERI MAMPU BANTU MALAYSIA BIDA HAK PUSINGAN AKHIR PIALA ASIA 2023

Justeru secara asasnya kedua-dua faktor kebimbangan pihak kerajaan sebenarnya mampu ditangani dengan baik daripada sudut pengamatan penulis.

Bukan mahu merendahkan nilai risiko dalam pandemik Covid-19 tetapi dengan pengalaman dua tahun kehidupan rakyat dalam norma baharu ini, penulis optimis kita telah matang dan lebih baik untuk menguruskan sesuatu kejohanan.

Penulis menyeru Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dapat mempertimbangkan hasrat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang mahu membida hak tuan rumah pusingan kelayakan akhir Piala Asia 2023.

Ismail Sabri Yaakob 

Ini kerana penulis percaya banyak manfaat bukan sahaja kepada pasukan bola sepak negara tetapi ia juga mampu menjadi kebangkitan ekonomi negara yang meleset sepanjang pandemik Covid-19.

Berilah peluang kepada FAM untuk membida hak tuan rumah pusingan kelayakan akhir Piala Asia 2023 kerana penulis optimis keputusan ini akan memberikan banyak perkembangan positif daripada pelbagai sudut.

Akhir kata daripada penulis, hujan emas di negeri orang.. hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik negeri sendiri.

Demi lencana di dada!


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: