
Oleh : SUBKHI SUDARJI
STATUS Reduan Abdullah sama ada terus memimpin UiTM FC mahu pun sebaliknya akan ditentukan dalam mesyuarat pengurusan yang akan diadakan minggu ini.
Turut dibincangkan dalam mesyuarat terbabit yang bakal dihadiri Ahli Lembaga Pengarah adalah halatuju pasukan serta barisan pemain yang akan beraksi dalam saingan Liga Premier 2022.
“Buat masa ini kedudukan saya sama ada terus membimbing UiTM FC mahu pun sebaliknya masih belum ada perbincangan.
“Saya difahamkan mesyuarat mengenai kedudukan saya dan hala tuju pasukan akan dibincangkan minggu ini, jadi kita tunggulah,” katanya ketika ditemui CAKAPSUKAN.
Ditanya keinginan untuk terus membimbing pasukan. Reduan yang berjaya membimbing pasukan meraih kemenangan pertama dalam saingan Liga Super musim ini menewaskan Perak Fc, 2-0 mengakui masih banyak yang belum selesai.
“Saya serahkan sepenuhnya kepada pengurusan, jika ditanya pada saya sudah pasti banyak yang masih boleh dilakukan,” katanya.
Berdasarkan pencapaian pasukan dalam siangan Liga Super musim ini, UiTM FC mempamerkan peningkatan corak permainan dipenghujung saingan dibawah pimpinan Reduan selepas mengambil alih peranan dari Frank Bernhardt.
Add Comment