AKSI pertama Kumpulan J Kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun 2022 menyaksikan tuan rumah, Mongolia mengikat Thailand 1-1 di Stadium MFF, Ulaanbaantar Isnin.
Pemain Thailand Jakkir Palapon meletakkan pasukannya itu di hadapan pada babak pertama perlawanan.
Bagaimanapun, Mongolia tidak berputus ada cuba mencari gol penyamaan yang menyaksikan mereka berjaya meledak jaringan penyamaan pada minit ke-75 menerusi Baljinnyam.
Kedua-dua pasukan dijangka kembali bangkit mencari kemenangan pada aksi kedua selepas ini dengan Thailand bertemu Laos (Khamis), manakala Mongolia berdepan Malaysia pada Ahad.
Kumpulan J dihuni pasukan Malaysia, Laos, Thailand dan Mongolia.
Juara dan naib juara kumpulan layak ke final Piala Asia B-23 Uzbekistan 2022.
Add Comment