Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia B-23 2022: Malaysia menang 1-0 ke atas Laos


Barisan utama pemain menentang Laos pada Isnin. Foto: FAM

Oleh: JJFIRDAUS

PASUKAN Bawah 22 Tahun (B-22) Malaysia berjaya mencatat kemenangan sulung dalam kempen Kelayakan Piala Asia Bawah 23 2022 selepas menewaskan Laos 1-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium MFF, Ulanbaatar, Mongolia, Isnin.

Gol skuad negara dijaringkan oleh Muhammad Nur Azfar pada minit ke-68. Walaupun bermain dalam cuaca sejuk dan keadaan padang sintetik yang keras, ianya sedikit pun tidak merencatkan persembahan anak buah Brad Maloney ini.

Skuad negara menguasai permainan walaupun Laos bermain dengan lebih fizikal dan mempunyai peluang terbaik menerusi Luqman Hakim pada minit ke-38 tetapi kecekapan penjaga gol Laos menafikan gol pembukaan untuk Malaysia.

Tekanan demi tekanan diberikan keatas barisan pertahanan lawan namun Laos kental bertahan secara satu unit untuk menghampakan Malaysia dengan keputusan 0-0 kekal hingga tamat babak pertama.

Malaysia terus mengasak pada babak kedua namun Laos masih gagah bertahan hingga menyukarkan barisan penyerang negara untuk melakukan percubaan tepat.

Beberapa pertukaran yang dilakukan selepas itu nyata membuahkan hasil apabila Quentin Cheng yang dibawa masuk membuat satu hantaran silang yang baik disambung Nur Azfar untuk meletakkan Malaysia 1-0 dihadapan.

Gol tunggal itu cukup untuk memberikan kemenangan kepada skuad negara dan bakal memberi semangat kepada para pemain sebelum menentang Mongolia pada 28 Oktober nanti.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan J ini, tuan rumah Mongolia mencatat keputusan seri 1-1 dengan Thailand sekaligus meletakkan skuad negara di tangga teratas dengan tiga mata.

11 juara kumpulan (A hingga K) serta empat pasukan naib juara kumpulan terbaik akan layak ke pusingan akhir pada Jun 2022 bersama-sama pasukan tuan rumah, Uzbekistan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading