Bola Sepak

Harapan jadi tuan rumah kelayakan Piala Asia 2023 pudar


Oleh : SUBKHI SUDARJI

HASRAT Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 sedikit pudar selepas Kerajaan dilihat lebih cenderung kepada usaha pemulihan ekonomi negara dalam pasca pandemik Covid-19.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata,  tindakan ini diambil bagi memberikan lebih tumpuan kepada usaha-usaha membantu rakyat.

“Dalam situasi ketika ini, saya rasa jika satu kejohanan itu dapat pastikan ia bawa sebilangan besar penonton atau datangkan hasil untuk pelancongan sukan ia masih boleh difikirkan.

“Tetapi buat masa sekarang Kerajaan lebih utama ekonomi negara pasca pandemik Covid-19,” katanya.

Sebelum ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dilihat bersungguh mahu memastikan bidaan tuan rumah bagi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 dengan bersedia merebut salah satu daripada enam venue berpusat yang akan ditawarkan kepada semua 24 pasukan di saingan itu nanti.

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sebelum ini mengumumkan saingan kelayakan itu akan diadakan secara berpusat dan semua perlawanan mengikut format single round robin.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: