EPL

Tiada jawatan kosong pengurus di United!


Kedudukan Solskjaer di Old Trafford masih selamat.

PENGURUSAN Menchester United menegaskan bahawa ‘tiada jawatan kosong’ di kelab menjelang pertemuan menentang Liverpool malam ini.

Ia susulan timbul spekulasi mengenai kedudukan Ole Gunnar Solskjaer yang dikatakan goyang dengan prestasi pasukan yang tidak menentu.

Bagaimana pun menurut laporan The Sun, United telah membuat penjelasan bahawa mereka masih menaruh harapan kepada pengurus berusia 48 tahun itu.

Difahamkan beberapa wakil ejen pengurus cuba mendekati kelab ini, namun mereka telah diberitahu bahawa tidak ada jawatan kosong di bahagian pengurus pasukan.

Bagi aksi yang bakal menjadi tumpuan malam ini, Solskjaer berharap skuadnya akan memberi sinaran baharu bertemu Liverpool dan yakin dengan kebolehan pemain-pemainnya.

Manchester United kini berada di tangga keenam liga dengan 14 mata selepas lapan perlawanan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading