EPL

Tuchel teruja dengan Mount


Mount meledak tiga gol membantu kemenangan Chelsea.

PENGURUS Chelsea, Thomas Tuchel menyifatkan ledakan hatrik dijaringan Mason Mount ketika membantu kemenangan besar 7-0 mengatasi Norwich City detik terbaik buat pemain berkenaan dalam usia yang muda.

Jelasnya, dalam usia yang muda, Mount telah memiliki banyak permainan dalam liga kompetitif dan percaya perjalanan pemain ini akan lebih maju.

“Hatrick Mason sangat bermakna, ini adalah saat yang sangat besar baginya. Dia bermain lebih bebas dalam beberapa perlawanan terakhir. Itulah yang kami perlukan.”

“Dia memiliki banyak permainan pada usia muda,  sangat kompetitif dan serius dengan matlanat yang ingin dicapai,” katanya kepada BT Sport.

Pada aksi yang berlangsung di Stamford Bridge, The Blues mendahului 2-0 hanya dalam tempoh 18 minit menerusi Mount (m-8) dan Callum Hudson Odoi (m-18) yang meledak gol pertama pada musim ini.

Mount kemudiannya bertindak sebagai pencipta gol ketiga yang disudahkan Reece James (m-42) sebelum tamat babak pertama.

Ben Chilwell (m-57) turut meledak gol dalam empat perlawanan berturut-turut untuk melebarkan jurang pada awal babak kedua.

Jaringan sendiri Max Aarons (m-62) menambah parah buat Norwich sebelum jaringan lewat Mount (m-85 dan m-90) memastikan Chelsea menutup perlawanan dengan kemenangan bergaya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: