Bola Sepak Komentar

Covid-19: Wajarkah MFL kenakan hukuman kepada NSFC?


Oleh : SUBKHI SUDARJI

PENARIKAN diri Juara Liga Premier 2021, Negeri Sembilan FC dalam saingan Piala Malaysia musim ini ekoran 20 pemain dan empat pegawainya disahkan positif Covid-19 sememangnya agak mengejutkan.

Mengambil kira kepentingan keselamatan nyawa pemain dan keluarga serta pengurusan malah penyokong, Negeri Sembilan FC membuat keputusan yang pastinya dianggap sukar memandangkan mereka berada dalam kedudukan terbaik melakar pencapaian dalam saingan kali ini.

Baik kita lupakan keputusan NSFC itu tetapi kita kembali kepada langkah apakah yang bakal diambil Liga Bolasepak Malaysia (MFL) terhadap pasukan NSFC itu ekoran wujudkan kejadian sedemikian rupa.

Memang tiada siapa yang inginkan perkara seumpama ini terjadi tetapi jika diimbas kembali kenyataan dari bekas Presiden MFL, Datuk Hamidin Mohd Amin pada 11 Ogos lalu selepas mesyuarat rakan kongsi MFL kelima 2021 menyatakan hukuman akan dikenakan kepada mana-mana pasukan yang didapati tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengawal penularan wabak itu.

Jelas Hamidin,  mana-mana pasukan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan mematuhi gelembung sukan akan dikenakan hukuman berdasarkan pekeliling yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat mengikut peraturan yang diluluskan,” tegasnya.

Kenyataan tegas dinyatakan Hamidin ini adalah susulan beberapa kes penularan jangkitan Covid-19 yang menyebabkan perjalanan Liga Malaysia apabila lima aksi Liga Super melibatkan Kedah Darul Aman FC (KDA) dan tujuh aksi Liga Premier melibatkan Kuching City FC (KCFC) terpaksa berikutan beberapa pemain dan pegawai pasukan tersebut positif Covid-19 selepas Aidiladha.

Jadi persoalan ketika ini adakah arahan bentuk hukuman yang dinyatakan tersebut  masih digunapakai atau NSFC terlepas dari hukuman sebagaimana yang dicanang akan dilaksanakan MFL sebelum ini.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: