Bola Sepak

Kecewa namun keselamatan nyawa perlu jadi keutamaan – PSNS


Oleh : SUBKHI SUDARJI

PENYOKONG Setia Negeri Sembilan (PSNS) akan berdiri teguh dan terus memberikan sokongan kepada barisan pemain dan keluarga serta pengawai yang disahkan positif Covid-19.

Presidennya, Mohd Radzi Mohd Ariffin berkata, faktor keselamatan nyawa pemain dan juga penyokong sememangnya perlu diutamakan dan inilah yang dilakukan pengurusan NSFC apabila menarik diri dalam saingan Piala Malaysia musim ini.

“Sebagai penyokong ketika ini perasaan berbaur melanda, kecewa dan geram malah simpati apa yang melanda dalam NSFC.

Presiden PSNS, Mohd Radzi Mohd Ariffin.

 

“Kecewa dan geram kerana kami semua sudah merancang untuk sama-sama meraikan kejuaraan Liga Premier dalam stadium pada aksi Piala Malaysia di Paroi nanti.

“Bagi saya keputusan penarikan diri adalah tepat, kami percaya pengurusan telah melakukan segalanya namun dugaan melanda dan kami semua perlu menghadapinya,” jelasnya ketiak dihubungi CAKAPSUKAN, sebentar tadi.

Tambahnya lagi, selaku penyokong dia mengharapkan agar semua pemain dan pegawai yang positif Covid-19 tabah menghadapinya dan segera sembuh.

“Saya difahamkan bukan pemain saya yang dijangkiti Covid-19 malah isteri dan juga anak-anak,” tegasnya.

Semalam NSFC mengumumkan penarikan diri dalam saingan Piala Malaysia selepas 20 pemain dan empat pegawainya disahkan positif Covid-19 dan keputusan dibuat selepas mengambil kira pandangan pegawai perubatan pasukan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Berdasarkan kedudukan semasa NSFC kini bersaing hebat dengan Kedah Darul Aman selepas mengumpul tiga mata bagi kedudukan dua terbaik dalam Kumpulan C dan hanya dibezakan tiga mata dengan Melaka United FC yang berada ditangga teratas kumpulan.

 

 

 

0122229845


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: